Monday, January 10, 2011

Resepi Telur Bungkus Kegemaranku.. huhu~

Bila teringatkan rumah, mesti teringat pasal makan sedap2.. huhu~
Yang paling sedap adalah telur bungkus masakan ayah ku..
Bab2 masakan telur bungkus nie ayah lagi expert dari mak..
Kalau nak tahu tiap2 kali balik rumah mesti suruh ayah masak telur bungkus.. haha~
Nak kata jahat tak jugak tapi alang2 dah balik ke rumah ape salah nye kite bermesra dengan mak ayah kan.. huhu~

Nie antara resepi telur bungkus dari ayah...

Bahan - Bahan

6 biji telur

1 labu bawang besar(dimayang)

4 ulas bawang putih (didadukan)

1 biji kentang (didadukan)

1 batang lobak (didadukan)

Sedikit daging ayam-bahagian dada (dipotong nipis)

3 batang crabstick (boleh juga guna isi ketam)

1 sudu besar serbuk kari

3 sudu besar tomato puri

1 sudu besar chili powder (bancuh bersama sedikit air)

1 sudu besar lada hitam

1 kiub pati ayam

Sedikit daun sup, garam dan gula

Cara-cara

1. Tumis bawang besar dan bawang putih. Bila dah garing, masukkan lada hitam.

2. Kemudian, masukkan ayam dan crabstick. Bila ayam dah kecut, masukkan serbuk cili yang sudah dibancuh dengan air, tomato puri, kiub ayam dan serbuk kari.

3. Bila dah nampak garing, masukkan lobar dan kentang. Biarkan sampai empuk.

4. Kemudian masukkan pula daun sup.

5. Angkat and asingkan di dalam bekas.

6. Dadarkan 3 biji telur di dalam kuali. Kemudian letakkan bahan-bahan inti tadi di atas telur tersebut. Tunggu kering sedikit kemudian dadarkan 3 biji telur lagi kat atas inti itu.

7. Terbalikkan telur tersebut. Bila dah masak angkat dan boleh dihidangkan.

Aku dan Kekasihku

Kali ni aku nak kongsikan tentang KEKASIH aku? (aku taip huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya. Betul ni.. tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Pasti akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA -> direct! Pergghh !!

Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah...KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni... tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan?

DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat & contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke... spiritual ke... emm memang kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi contoh lagi nak suruh aku faham.

Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giler la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje. Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun.

Cuma aku je yang jeles dengan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta dekat DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih ~what you give, you get back~

So, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat.

Perfect! Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam... pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindu aaaa! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya... millionaire... billionaire...dan entah apa-apa naire lagi... tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support... percaya tak?

Free of charge... tapi aku tak sedap hati la... mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la.. .pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja... cheewah!

DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius dan lain-lain...DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.

Malu la sebenarnya nak cakap ni...

Emm... aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la... tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal.

Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, jadi, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!

Ish! Rindu sangat dah ni!

Kekasih.. Aku berjanji, aku akan pertahankan cinta suci ini..
Walau nyawa digalang ganti, menggadaikan cinta teragung ini..
Tidak sama sekali..
Walaupun tak pernah berjumpa, aku tetap bahagia..
Itulah kekasihku.. Allah SWT.. cinta teragungku!

Thursday, December 30, 2010

Cuti semester nie banyak sangat ikut aktiviti.. sampaikan orang kata dah macam tak ade cuti.. huhu~
tapi nak buat macam mana.. kalau dah rase nak join.. duduk rumah pon bosan..
memang sebelum cuti dah rancang nak join ape2 aktiviti mase cuti..

Tapi sekarang dah menumpang kat rumah kakak..
So, boleh online sementara nak tunggu masuk semester baru.. huhu~

Di mase lapang nie rajin la pulak nak buat research..

Apa yang paling menarik perhatian, semasa dalam perjalanan untuk naik ke air terjun sungai chilling, dekat kuala kubu baru, ade terjumpa dua spesis pokok periuk kera.. Kawan pulak ambil satu spesis bawa balik rumah..
Memang hati nie sangat2 berminat pada alam semula jadi..
Sampai buat research lari dari kos yang diambil.. huhu~

Ade buat research yang periuk kera nie sebesar 30 x 16 cm.. maybe.. tapi besar la juga..
Nama spesis nie Nepenthes attenboroughii dari family Nepenthaceae. Yang best nye pasal pokok periuk kera nie adalah pokok ini karnivor yang makan serangga dan juga tikus..
Tikus?? pelik tapi benar.. pokok pon makan tikus.. bukan nya dia makan hidup2 tapi bunuh tikus pakai cecair yang ada dalam kantung nye tue.
Spesis nie ditemui dekat Gunung Victoria, Palawan, Filipina.

Agak2 gambar kat sebelah nie gambar ape?

Memang mula2 tengok tue sakit mata memandang sebab corak warna die yang agak pelik..

Gambar nie menunjukkan seekor ikan katak yang mana spesis baru ditemui di Indonesia.. pelik kan.. ciptaan Tuhan yang maha hebat.. Tengok pun dah tak macam ikan je.. Satu badan penyamaran.. apakah? Bila kita tengok balik semua haiwan yang terdapat kat dalam laut sahaja, memang ternyata banyak nya tak terkira.. Spesis haiwan kat laut pun dah boleh buat saya tergamam.. kerana keunikan dan kepelikan nya pelbagai.. kita tak sangka kat laut ada kehidupan yang macam nie terutama di kawasan laut dalam. Alangkah best nye kalau saya menjadi di kalangan orang yang mengkaji haiwan di dasar laut.. MasyALLAH.. Banyak nya tak terperi..

Cerita untuk hari inie sampai sini je.. Tifa dengan Nero(arnab) dah masuk bilik mintak makanan.. haha.. Ape2 pun.. mereka nie kawan yang paling baik..sentiasa menemani.. huhu.,
Tata~ kalu rajin saye berblogging lagi la yea.. salam~

Friday, October 1, 2010

Mentang-mentang lah aku tengah demam teruk..
tetibe je nak cerite pasal demam neyh..
Badan aku tersangat-sangat lah panas sampai aku tak pergi kelas 2 hari..
Padahal dapat MC sehari je.. tp depan orang aku tunjuk lagak mcm da sihat je.. SENGAL~

Aku nie bukan suke main ponteng je.. ade mase2 je aku rase nk ponteng~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Adakah demam? Hakikatnya, demam pada waktu malam atau siang sebenarnya sama saja. Bezanya, kita beranggapan demam malam lebih serius, apatah lagi jika kita merengek dan tidak dapat tidur yang mencukupi.

Namun, jika demam disertai dengan muntah, cirit birit, sakit kepala atau lesu, tidak mahu makan dan tidak aktif, ini petanda anda memerlukan rawatan segera. Demam yang dialami mungkin menjadi petanda kepada masalah kesihatan lebih serius dan tidak boleh dipandang ringan.

Walaupun demam malam ada kalanya simptom masalah perubatan yang lebih serius seperti limfoma dan leukemia, namun pola demam itu berbeza. Antaranya demam berterusan tanpa mengira siang atau malam.

Demam juga tidak mengancam nyawa kecuali darjah kepanasannya sungguh tinggi. Pada waktu itulah demam mungkin menjadi petanda masalah lain yang lebih serius.

Namun, demam sebagai gejala penyakit misalnya tibi, leukemia dan limfoma memiliki pola tertentu dan demam bukan hanya terjadi pada waktu malam saja tetapi waktu siang juga.

Demam umumnya sebagai reaksi tubuh kepada jangkitan. Bahagian dalam otak yang disebut hypothalamus mengawal suhu badan. Hypothalamus meningkatkan suhu badan sebagai cara melawan jangkitan. Suhu badan yang meningkat menyebabkan organisma asing yang masuk ke badan tidak boleh bertahan.

Sekarang ini ramai yang berpendapat demam bagus kerana ia tanda tubuh melawan penyakit. Namun jika suhu badan terlalu panas, kita berasa tidak selesa.

Dalam keadaan ini katanya, ubat diberi untuk membantu mengurangkan panas demam tetapi masalah demam itu sendiri tidak akan selesai. Biasanya ubat demam diberi apabila panas tubuh mencecah hingga 38.5 darjah ke atas.

Demam dengan suhu tinggi juga membimbangkan kerana bagi sesetengah orang ia boleh menyebabkan sawan walaupun demam bukanlah penyakit yang serius. Namun demam yang berulang-ulang disertai dengan muntah, cirit birit perlu diberi perhatian.

Walaupun demam itu secara fisiologinya reaksi pada jangkitan tetapi jika wujud simptom lain ia mungkin komplikasi masalah kesihatan yang lain.

Malah perlu diingat, suhu panas badan yang melampau juga boleh mengundang padah termasuk kemungkinan menyebabkan sawan dan kerosakan otak.

Mengapa demam?

1) Jangkitan virus adalah punca paling biasa untuk banyak masalah kesihatan misalnya batuk, selesema, cirit-birit dan sebagainya. Ada kala jangkitan virus boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius.

2) Jangkitan bakteria tidak begitu kerap menjadi punca demam. Bakteria selalunya menjadi punca masalah yang lebih serius misalnya pneumonia, masalah ginjal atau meningitis.

Apa boleh dibuat jika suhu badan terlalu panas?

1. Selain ubat demam biasa yang diperoleh dari klinik, paracetamol yang mudah didapati di pasaran juga boleh membantu menurunkan suhu badan.

2. Mandikan atau lap dengan kain basah. Namun berhati-hati kerana ada kalanya mandi ketika dia demam tidak begitu sesuai kerana suhu badan turun mendadak. Ia akan menyebabkan masalah hipertorma (kesejukan kerana hilang suhu mendadak). Sebaiknya guna air suam, lap dan keringkan terus. Namun, demam yang berterusan lima hari membimbangkan kerana ia mungkin boleh dikaitkan dengan masalah lain seperti RA (rhemutoid arthritis atau penyakit auto imun.

INFO: Demam yang memerlukan rawatan serius

* Kelenjar leher bengkak
* Mata merah
* Tidak fokus
* Ruam
* Muntah
* Pening kepala
* Menangis/merengek
* Sensitif pada cahaya
* Tidak boleh bergerak disebabkan badan sakit

Ada beberapa simptom yang berlaku kat aku berdasarkan list kat atas..
hmm.. besok da nak kene turun padang..
Ade jamuan kompeni lagi..
Ya ALLAH... kau baik kan lah demam ku ini Secepat yang mungkin... Amin~

(Jika suhu badan meningkat naik tanpa merasai sejuk, ayat-ayat al quran berikut dibaca)
Katakanlah: Wahai api, jadilah dingin dan selamat untuk Ibrahim
.
Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.

Thursday, September 23, 2010

Warkah Buat Teman..maafkan aku...

buat kamu..aku tau kamu tersiksa..aku tau kamu pedih..kamu sakit..tapi percayalah sayang..setiap kesakitan kamu akan dibalas dengan kebahagiaan akan datang..mungkin bukan esok, bukan lusa..pasti bila bahagia tiba, kamu sendiri tidak menyedarinya..

maaf..
mungkin aku kasar..tapi aku bukan bodoh sayang..aku tak kan....dan tak nak biarkan sahabat yang aku sayang terus dilukai..mungin aku bukan keluang man..bukan jua batman..untuk kamu jadikan hero..tapi aku ingin menjadi seorang sahabat..sekurang-kurangnya aku adalah perisai kamu...

bagi aku..melukakan kamu dengan kebenaran lebih baik dari terus berlindung dan menyorok di sebalik muka bertalam ni sayang...maafkan aku...mungkinku terlalu jujur..mengeluarkan butir-butir ayat..mungkin kamu terluka..tapi maaf...aku tak sanggup kamu terus bersedih kerana aku..

sayang..kata hati..jangan diikutkan..kata orang..ikut hati mati...mungkin kamu punya kelebihan..tapi jangan lupa..ikutkan hati..bawa bersama sekali akal dan iman kamu...percaya pada qada dan qadar Allah..kamu kuat sayang..sebab tu Dia beri kamu bermacam dugaan..bermacam rasa...

sayang..tak salah kamu menangis..tapi kamu jangan merintih...jangan sesekali..dan jangan pernah terpikir untuk berhenti atau toleh kebelakang...istiqamah la kamu..kamu pasti boleh..

kamu cakap aku letih fikirkan kamu..wake up sayang..kalau aku letih..dah lama aku biarkan kamu terkapai-kapai..tp aku xpenah letih..aku nak kamu sedar..tapi mungkin cara aku salah pada pikiran kamu..terserah kamu kawan...

cuma tinggal satu nukilan ku pada mu...mungkin tak pernah terucap..hanya bisa di rasa..beri aku kepercayaan sahabat...selagi darah aku mengalir..selagi itu kamu tetap sahabat aku..mungkin aku sudah tidak bersuara..bukan aku benci kawan..tidak..bukan aku menyampah..tidak..cuma anggap la aku beri masa kamu berfikir....

sayang kamu, sahabat~

Tuesday, September 21, 2010

~SeRaM~

Kisah benar yang mengerikan lagi menyeramkan ini terjadi kepada seorang staff lelaki yang bekerja di tingkat 40 bangunan KLCC. Pada hari tersebut (hari khamis malam jum'at) beliau ada membuat OT dan terpaksa pulang agak lewat kira-kira jam 11 malam sendirian....

Sampai didepan lift, dia pun tekan tombol untuk turun. kemudian, pintu lift terbuka tanpa ada siapa2 didalamnya... Dia masuk dan tekan tombol "G" untuk ke Ground floor. Tetapi entah mengapa, lift yang dia naiki itu terus naik ke atas. Ketika sampai ditingkat 59 lift tersebut berhenti. Dan pintu lif terbuka kemudian masuklah seorang perempuan yang kelihatan sungguh cantik dan menawan sekali sambil tersenyum manis. Dia tak pernah melihatnya sepanjang bertugas di KLCC. Perempuan tadi pun masuk dan berdiri dibelakangnya. Dia tertanya-tanya didalam hatinya... siapa perempuan itu, dan kenapa sudah lewat malam belum pulang ke rumah. Mau disapa terasa malu pula, jadi masing-masing saling diamlah.

Dalam suasana hening sepi itu, lift tersebut terus meluncur turun dari satu tingkat kesatu tingkat. Tiba di tingkat 13, lampu lift padam dan lift terhenti seketika ... dia mencium bau yang teramat busuk, yang mengganggu hidungnya ... bulu romanya tiba-tiba saja merinding ... dia pun mula membacaayat-ayat suci yang terlintas di-ingatannya sambil memberanikan diri dan menoleh kebelakang setelah lampu lift menyala. Tiba-tiba saja, perempuan yang berada belakangnya ketawa ......... dan segera berkata ........ ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ..

"Maaf ya saya kentut, anda tidak marahkan "

Saturday, September 18, 2010

Yang Pertama Tidak Semestinya Yang Terindah

Yang pertama...

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, biiznillah.. Semalam Tuhan telah izinkan kami sekeluarga berziarah ke rumah abang sulung kami (sama ayah lain emak) di Nilai, Negeri Sembilan. Jarak perjalanan dari Shah Alam ke Nilai lebih kurang 1 jam, dengan pecutan kereta yang puratanya 150km/h, alhamdulillah kami selamat pergi dan selamat pulang.

Setiap dari kita, tentunya ada banyak pengalaman yang pertama. Pertama kali ke sekolah. Pertama kali ke dusun buah-buahan. Pertama kali jatuh cinta. Pertama kali dilukai. Pertama kali bernikah. Pertama kali kehilangan orang tersayang. Dan macam-macam lagi 'yang pertama'.

Kata orang, tanpa yang pertama, mustahil ada yang terakhir. Tanpa langkah pertama, mustahil ada langkah yang ke seribu. Tanpa yang pertama, mustahil ada yang kedua.

Kata orang lagi, yang pertama selalunya yang terindah. Yang pertama selalunya paling kemas dalam ingatan. Yang pertama selalunya sangat sukar untuk dilupakan.

Kata orang lagi, luka yang pertama adalah luka yang paling dalam dan paling sukar untuk disembuhkan, walaupun tidak berdarah, namun pedihnya menusuk kalbu menikam jiwa dan sabubari.

Hebatnya penangan pertama. Ada orang sanggup berkorban apa saja demi memastikan 'yang pertama' sentiasa kekal dalam genggamannya. Ada orang sanggup mengharungi lautan api demi pertahankan yang pertama. Sungguh, yang pertama selalunya mempunyai kuasa yang sangat luar biasa.

Persoalannya. Mengapa? Apakah keistimewaan dan keajaiban yang ada pada 'yang pertama'?

Adakah kerana kemampuan otak kita yang terbatas? Cuma mampu menyimpan kemas memori untuk kali pertama sahaja? Kemudian seterusnya adalah caca merba? Atau kerana kita terlalu menyayangi memori yang kita cipta, menyimpannya kukuh dalam ingatan dan enggan menerima memori yang baru? Atau kenapa?

Misteri yang hanya mereka yang berkenaan, dan Allah sahaja yang tahu..

Mencipta kenangan terindah sememangnya sukar namun untuk mengekalkan keindahannya ternyata jauh lebih sukar. Oleh itu, kita sering memandang kebelakang, mencari yang pertama sehingga kerap mengenepikan yang lain-lain walaupun berkemungkinan, yang kedua atau ketiga jauh lebih baik dari yang pertama.

Mencari pelangi pertama yang pernah kita tatap, kononnya itulah pelangi paling indah yang pernah kita nikmati tanpa mempedulikan pelangi-pelangi lain yang jauh lebih menawan. Hanya kerana ia adalah yang pertama.

Indah dan bahagia menjadi yang pertama, namun suratan Ilahi tidak selalunya menjanjikan kebahagiaan buat kita. Di dunia ini kita adalah pengembara, yang berjalan merentasi masa. Bermulanya kita seorang bayi, kemudian mendekati mati yang kita sendiri tidak tahu di mana garis akhirnya. Dalam hidup ini, ada suka dan duka. Ada pahit dan manis. Firman Allah, di sebalik kesusahan ada kesenangan. Oleh itu, bersyukur dan hargailah apa yang kita miliki hari ini.

Mungkin 'yang pertama' pernah kita kecapi tidak semanis madu, namun bersyukurlah kerana ramai lagi insan lain yang mengharungi 'yang pertama' dengan air mata dan darah. Andai yang pertama kita indah, berwarna-warni ibarat pelangi, maka bersyukurlah dan hargailah setiap dari anugerah pemberian-Nya, kerana kita tidak tahu, apa yang menanti kita pada esok hari.

Yang pertama tidak semestinya yang terindah, namun, apa yang ada dalam genggaman kita hari ini adalah anugerah dan pemberian dari-Nya, maka, hargailah dengan sebaik yang mungkin, kerana esok, belum tentu lagi ia menjadi milik kita...

Dengan lafaz bismillah. Moga Allah kurniakan yang terbaik buat kita, bukan hanya untuk di dunia, tapi juga di akhirat, insyaAllah.

Wallahua'alam.

Thursday, September 16, 2010

Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Apa yang kau cari
Dalam mimpi penuh ilusi
Dalam jiwa tanpa gusar
Tanya hati kemana pergi
Kerna jalan penuh liku dalam cabaran

Apa yang kau cari
Untuk subuh yang mungkin terakhir kali
Tenangkan hati pergi hadapi Ilahi
Semurni hati jiwa mungkin tercarik lagi
Tenanglah diri kuat tepis godaan ini

Untuk apa-apa yang kau cari
Benarkah itu yang kau kejari
Tipu daya iblis hanya jambatan rapuh bertahtakan intan
Kenali diri melalui perkenalan dengan Ilahi
Agar kau bisa mandiri
Agar kau teguh berdiri

Sembunyikan dukamu dalam senyum manis wajahmu
Kerna apa yang kau cari bukan untuk kau kesali
Apa yang kau cari itu untukmu di sana nanti
Sebagai pelindung dalam dakapan kasih Ilahi
Kejarlah apa yang kau cari

Sunday, September 5, 2010

Pada 4 september.. aku bersahur pada pukul 4 pagi.. aku tak tidur daripada semalam..
Keluar pegi BARRA siap beli nasi lauk ayam sekalik.. nyum2~
Sungguh layan lazatnye hingga tulang2 pun aku telan.. blurrp.. alhamdulillah..

Lepas makan tuh ape lagi.. dok mengangkang depan laptop..
men game seperti biase.. konon nye nak tggu subuh..
alek2 terlena bersama laptop yang tersayang.. zzzZZZ..

Pada pukul 8 pagi, dapat call daripada kak lang..
dengan mamai nye terus angkat call.
"wei, assalamualaikum..'
"waalaikumussalam.. dik, cepat balik sinie.."
"hah?? nape pulak?'
"baru bangun tido ke??"
"takde laa.. ngah guling-guling.."
"dik, pergi mandi siap-siap pastu datang sinie cepat"
"nape akak nye??"
"atuk dah meninggal dunia pagi tadi"
"hah! innalillah......"

dengan lantas nye aku terjun dari katil
pergi ambil tuala kat ampaian..
bergegas ke bilik air sampai terlupa nak bawa sabun mandi.. =.='

Apabila dah siap aku pun capai kunci motor
bergegas ke bawah.. naik je motor macam orang dah lama tak merempit..
aku isi minyak petronas di seksyen 7..
lepas je isi aku terus racing ke kL selaju 120-140km sejam..
memang dahsyat aku nie.. =.='

Sampai saje di rumah kakak, aku pun tunggu kakak yang mandi berjam-jam..
"Berendam ke hape aa??" aku menjerit ke dalam tandas
setengah jam lepas tue baru lah kami bertolak..

Sampai dalam pukul 11 pagi..
Aku menatap wajah atuk aku, Ismail Bin Ghaffar..
Menitis air mata aku apabila melihat tubuh nye terbujur keras kaku..
aku tidak sempat untuk berbakti kepada nya selama aku belajar di universiti..
aku hampa + sedih + hiba + hilang arah..
atuk ku yang mengajar aku ilmu agama dari kecil lagi telah pergi meninggalkan aku..
siapakah yang bakal boleh menggantikan orang seperti atuk aku?
hmmm... hanya tuhan sahaja yang tahu..
betapa berat nya hati ini untuk terima semua inie..

Lantas aku mendekati jenazah atuk ku, ku cium buat kali terakir nye..
Tak ku percaya air mata berlingan di pipi..
Erm... lidah terkelu tidak berkata apa-apa..
Aku hanya mampu sedekah kan Al-Fatihah..
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan diantara golongan orang yang beriman..

For what to say..
This day..
Is My GLooM Day..
AL-FATIHAH..

Friday, September 3, 2010

KENANGAN MANIS KAU DAN AKU~

Pada tahun 2006, aku telah mula kembali ke sekolah harian berdekatan dengan rumah kakak aku..
Dah penat selama nie hidup di sekolah asrama agama yang penuh dengan fitnah dan syaitan-syaitan yang menghasut diri nie..
Pergh.. nama je sekolah agama tapi perangai teruk..
Nak buat macam mana.. da rezeki aku belajar kat sekolah tue.. sampai satu masa aku tak tahan duduk kat sekolah tue.. malas belajar, skip kelas, sampai aku pun jadi macam dorang..
Malam tue aku telefon mama melalui public phone..
Mama pun galakkan aku sekolah harian je.. sebelum peperiksaan PMR aku telah berpindah ke sekolah menengah harian..

Tiba saat di mana aku berkenalan dengan dia melalui SMS sejak tahun 2006 lagi..
Di laman webchat celcom, aku berchatting SMS dengan rakan-rakan yang lain.. tiba-tiba masuk satu nama nickname ‘Alya’..
Apa lagi, aku pun da jadi macam ‘ulat bulu dah naik daun..’
“Assalamualaikum, boleh berkenalan?”
“Waalaikumussalam.. bole apa salah nya”
Tanpa segan silu, aku terus minta nombor telefon dia.. bila da dapat, terasa nak je mesej pada malam tue..
Pada pukul 8.31 malam Jun 2006, aku excited nak mesej dengan dia.. Aku pun hantar sebuah mesej yang biase-biase je..
“Assalamualaikum Alya. Saya GlooM, boleh berkenalan”
“Waalaikumussalam.. boleh..”
Daripada otak kosong tiba-tiba dapat idea nak mesej ape..
“Nama kamu ape?”
“Ummi Alya.. awak?”
“Saya Mohd Nazrinsyah.. Kamu asal mana?”
“Saya asal Sabak Bernam.. Awak?”
“Saya asal KL je.. Umo kamu berapa?
“16.. awak?”
“Owh, sama baya la kite..”
Aku bermain mesej dengan dia sampai terleka nak solat isya’.. Betapa ‘syoknya’ dalam hidup nie pertama kali dapat handphone sendiri.. Mama pulak tak percaya aku dapat simcard free sebab celcom datang sekolah bagi free je..
Malam tue pun aku akhiri dengan ucapan selamat malam kat Alya..
Hampir setiap hari aku bermesej dengan Alya..
Tak pernah rasa jemu mau pun bosan.. lama juga kami berkawan, siap simpan alamat rumah lagi.. hehe~
Sehingga kan raya aidilfitri pun aku sanggup buat kad raya yang paling cantik pernah aku buat untuk hantar kat dia.. biase laa.. dia kawan yang sangat baik dengan aku..
Sampai dia pernah mengaku aku lah lelaki pertama die bermain mesej..
Sedih dan rasa terharu la pulak bila kadang-kadang tue Alya yang mula mesej dulu..
Hmm.. nak perasan diri pun tak jugak tapi aku rasa dah mula jatuh cinta dengan dia..

Pada may 2008, aku telah terima tawaran belajar ke Kolej Matrikulasi Pahang(KMPh).. dengan perasaan gembira, aku pun terus mesej Alya
“Assalamualaikum Alya, Kamu nak tau x?”
“Waalaikumussalam.. mesti la nak.
“Saya dapat tawaran belajar masuk matriks..”
“Alhamdulillah.. bestnye..”
“Alya pulak macam mana?”
“Saya tak pandai macam awak, mana nak dapat”
“Jangan cakap macam tue, mungkin rezeki kamu kat tempat lain kan”
Tiba-tiba aku rasa perasaan dia sentap la pulak.. kadang-kadang tue rasa serba salah la pulak bila kita nak berkongsi perasaan gembira dengan orang..
Dah sebulan aku masuk matriks, aku pun sibuk dengan study(konon-kononnya..), dapat jumpa kawan-kawan baru.. belajar kat matriks memang rambang mata sebab pelajar perempuan semua pakai baju kurung pergi ke kelas..
Pergh.. pandang kiri, pandang kanan.. semua nya lawa-lawa.. bak kata orang-orang tua, dah sangap sangat da nie.. tapi tak mengapa,
Pada 1 Mac, pukul 12.00 tengah malam aku mesej Alya tapi kali ini luar biase sikit..
“Alya, awak nak tau sesuatu tak?”
“Mesti la nak.. hehe”
Lalu tanpa perasaan segan silu aku pun meluah kan perasaan yang telah lama terpendam kat hati nie..
“Kita da lama berkawan kan.. tapi selama nie saya nak bagitau sesuatu kat awak”
“Bagi tau sesuatu? Apa dia?”
“Saya.. sebenar nya.....”
“apa dia, bagitau la..”
“Saya sebenar nya nak jadikan awak kekasih hati saya..”

Tiba- tiba rasa malu menyelubungi diri.. setelah beberapa minit baru Alya balas..
“Betul awak sukakan saya?”
“Betul.. Saya sukakan awak”
“Kenapa awak sukakan saya?”
“Sebab awak sangat special.. awak tau kan saya dulu benci pompuan, tapi awak dah buat saya jatuh hati pada awak.. awak ada karakter yang menarik berbanding perempuan lain..”
Ayat, pergh.. memang mengayat lah kata orang.. tapi apa yang aku cakap semua ikhlas dari hati..
“Saya pun sukakan awak..”
Bila dapat je mesej tue aku terus melompat gembira kerana akhirnya aku berjaya juga..
Aku menjerit kegembiraan sampai roomate pun rasa hairan..
Perasaan gembira tue hanya aku je yang tau mase tue..
Sepanjang aku bersama dengan dia, aku berasa sangat gembira hingga rasa kalau boleh xnak berpisah kalau dah berjumpa..
Aku sanggup pulang ke ke KL dari matriks ke Mid Valley untuk berjumpa dengan Alya..
Kenangan yang masih tersimpan dalam hati nie semasa aku berjumpa dengan Alya, dia masih malu-malu untuk berjumpa dengan aku.. masih ingat aku raut wajah Alya yang comel boleh buat aku ‘cair’ sampai lembut hati nie...

Selepas tamat belajar dari KMPh, aku dapat tawaran sambung belajar ke UiTM kos Sains Biomolekular.. Dengar nama tue pun dah berderau darah aku..
“Kos ape nie??” bisik hati aku.. sedangkan result matriks aku tak adalah sampai dekan..
Dipendekkan cerita, aku telah memilih jalan untuk jadi Komander kesatria.. memang aku admit jadi komander sangat-sangat busy.. sampai satu masa Alya pertikaikan kenapa aku jarang mesej dengan dia..
Dalam hati aku kosong sebab dia tak memahami kesibukan yang bakal aku lalui..
Walaupun aku tengah sibuk, kadang-kadang aku jawab juga ‘call’ dia..
“Awak sibuk ke?”
“........................... “
“Kalau sibuk tak apela.. kejap lagi saya ‘call’ balik yea”
Sehinggakan aku pergi ke mana-mana terlupa nak bawak handphone.. aku online facebook..
Bila balik bilik, handphone yang pertama sekali yang akan ku cari sebab nak mesej yang tersayang..

Kat handphone tue tulis 5 misscall dan 7 mesej..
Yang membuat hati aku sentap adalah bila dia tulis,
“Boleh lagi main facebook, komen dengan kawan-kawan.. kita nie ntah macam ape je..”
Sentap hati aku bila dapat mesej tue... terus aku feeling down sampai tak ada mood nak study.. dia merajuk lagi..
Hinggakan perkara nie berterusan selama beberapa bulan.. dia meluah kan segala perasaan melalui call..
Aku dah ambik keputusan untuk membebaskan dia dari aku..
“Buat apalah nak terseksa sebab aku” bisik hatiku..
Aku meninggalkan dia tanpa sebarang berita.. Aku membiarkan handphone tersadai di atas katil walaupun pergi ke kelas.. bila aku balik, mesti ada banyak misscall dari Alya..
“Apalah lah yang aku buat selama nie” hati ini rasa kesal.. tak tahu macam mana lagi nak baiki hubungan yang telah retak nie.. telah lama aku menjalin kan hubungan dengan dia.. sejak tingkatan empat lagi..
Apakah selama ini aku adalah lelaki yang paling jahat sekali??
Secara jujur nya aku sangat sayang pada nya.. hanya tuhan yang tahu..
Tapi hati inie berat untuk melepaskan si dia.. tapi aku telah mengambil keputusan untuk meninggalkan dia.. itulah yang terbaik untuk mu wahai kekasih hatiku..
Aku ingin kembali seperti dulu.. hanya dia sahaja yang tahu.. hanya Tuhan saja yang tau..
Walau apa pun yang terjadi.. aku doakan semoga dikau berbahagia di samping keluarga tercinta dan berjumpa dengan orang yang lebih baik dari aku..
Andai si dia terbaca blog ini, daku memohon maaf zahir batin, dari hujung rambut sampai hujung kaki.. kau adalah insan yang banyak mengajar aku erti kehidupan..

- Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup atau pun yang meninggal dunia..
- Pengarang hanya mengarut disebabkan kebosanan yang melampau..
Sekian.. Terima kasih.

Wednesday, August 18, 2010

Memori

Aku masih ingat saat aku mula mengenali buku teks dihadapan mata, tika itulah seorang insan datang kepadaku dengan jarinya menunjukkan huruf, abjad, nombor dan kalimah.

"Cuba baca apa yang ditulis atas buku ni," cikgu mula bersuara.

"Sa-sa-saya pe-pe-pelajar tahun setu," gagap suaraku tidak tahu membaca.

"Eh, silap tu! Bukan 'setu' tapi 'satu'."

"Oh.. macam tu. Baru tahu, cikgu."

"Tak apa. Cuba baca sekali lagi, mesti boleh baca dengan lancar."

"Sa-saya pelajar tahun satu."

"Ha... tu boleh. Sekarang, baca lagi ayat seterusnya. Cikgu nak dengar."

Sejak itulah aku semakin pandai dalam membaca perkataan demi perkataan sehingga lengkap satu ayat. Aku lebih banyak berusaha untuk menjadi seorang pelajar yang boleh membaca dengan lancar. Hari demi hari, aku semakin seronok belajar dengan cikgu. Bukan disebabkan oleh cikgu pandai mengajar, tapi disebabkan cikgu itu selalu menolong aku bila aku tersilap membaca atau mengeja. Pendek cerita, memang seronoklah belajar dengan cikgu. Sehinggalah tiba satu hari ketika di tahun lima...

"Aliff! Kenapa kamu tak siapkan kerja sekolah ni?" Aku sungguh terkejut kerana itulah kali pertama cikgu menengking dengan nada suara yang tinggi.

"Sa-saya terlupa cikgu." Itulah alasan yang aku ada. Harap-harap cikgu dapat terima alasan aku.

"Cikgu tak boleh terima alasan kamu. Kamu buat apa dekat rumah?" Nada suara cikgu semakin tinggi. Makin seram aku dibuatnya. Biasalah, bukan pernah aku kena dimarahi sebegitu sekali oleh cikgu kesayangan aku.

"Saya main bola, cikgu."

"Itu yang kamu buat di rumah, lagi?"

"Saya tertidur awal malam tadi, cikgu. Sebab itulah saya terlupa nak buat kerja sekolah."

"Awak ni macam-macamlah, ada saja alasan awak tu. Orang lain boleh buat kerja sekolah kenapa kamu tak boleh buat? Kamu ada anak di sampai tak boleh buat kerja sekolah?"

"Tak ada cikgu."

"Habis tu?"

"Matilah aku lepas ini!" hatiku mula berbisik resah disebabkan aku sudah kehabisan alasan.

"Jawablah. Kenapa tak jawab?"

"Malunya aku kena tengking,semua kawan aku tengok,tambah-tambah pelajar perempuan,mana aku nak letak muka aku?" hatiku menjerit sayu melepaskan perasaan malu... tapi langsung tidak hilang.

"Err... saya minta maaf cikgu. Sa-saya tak buat lagi."

"Tak buat? Tak buat apa? Kamu tak mahu buat kerja sekolah lagi? Atau kamu tak mahu ulangi perbuatan kamu ni?"

"Saya tak mahu ulangi perbuatan saya cikgu. Saya janji saya akan buat kerja sekolah lepas ni."

"Sudah. Lepas ni saya tak mahu lagi tengok kamu tak buat kerja sekolah. Faham!"

"Faham cikgu..."

Itulah salah satu memori yang aku tak boleh lupa. Setiap hari ada sahaja perkara yang merunsingkan aku. Pernah juga aku ditendang pelajar perempuan sebab makan nasi mereka, ada juga aku kena simbah dengan air sinki dalam tandas sebab lama sangat duduk dalam tandas, pernah juga satu hari aku kena berdiri atas kerusi sebab tidur dalam kelas. Itu pun nasib aku sahaja. Kalau tidak, mungkin sudah digantung pada kipas sewaktu aku tengah proses air liur. Tetapi setiap kali ada masalah, pasti aku akan berjumpa dengan cikgu kesayangan aku. Siapa lagi kalau bukan Cikgu Zulaikha. Bujang lagi tu. Hehe...

Sewaktu aku di sekolah menengah lagi seronok. Setiap hari dapat kacau cikgu. Hehe... Zaman moden, aku pun sudah ada telefon bimbit. Aku dapat nombor cikgu pun sewaktu aku menghantar buku karangan padanya. Sampai sahaja di meja cikgu, aku letak buku. Tetapi entah macam mana, mata aku boleh ternampak susunan nombor telefon atas kertas. Aku tengok nombor tu ada tertera nama Cik Zulaikha. Aku pun apa lagi, sudah peluang, copy paste sajalah nombor telefon itu masuk dalam kepala otak aku. Lepas tu terus aku save. Hehe... Sepanjang hari aku senyum lebar sehingga gigi aku bertambah kulatnya.

Setiap malam, aku ganggu cikgu aku sampai dia dah naik runsing walaupun cikgu aku tidak tahu siapa yang kacau dia. Sampailah suatu hari aku cuba call Cikgu Zulaikha tapi tak dapat. Rupanya dia dah tukar nombor telefon. Sedih aku dibuatnya...

Hari khamis, 19 November 2009 merupakan hari terakhir aku menimba ilmu di sekolah menengah. Hari itu juga merupakan hari terakhir untuk aku tengok wajah cikgu kesayangan aku. Kalau aku boleh tengok pun buat apa, Cik Zulaikha yang aku kenal itu dah kahwin dengan orang Terengganu. Nasib baik bukan Negro dari Afrika. Apa boleh buat, bukan rezeki aku. Yalah... aku 17 tahun, cikgu aku 31 tahun. Tak kira umur, asal pandai mengajar aku sudah.

Pada hari yang sama, jam 10.46 pagi ,aku turun tangga dari tingkat empat, kemudian aku nampak Cikgu Zulaikha naik tangga. Apa lagi, cepat-cepat aku memperkacakkan wajah aku; sikat rambut guna jari, lebatkan mata guna air liur dan ikat tali leher yang aku minta dari ayah aku. Aku pun apa lagi, dengan bunga mawar di bibir, aku menunggu guru pujaan hatiku naik ke tingkat empat.

"Eh, kenapa tak muncul-muncul lagi cikgu aku ni." hatiku berbisik kehairanan. Aku cuba jenguk-jenguk ke bawah. Rupanya Cikgu Zulaikha naik ke tingkat tiga.

"Ala... ingatkan naik tangga sampai tingkat empat, rupanya ada *R&R pula di tingkat tiga. Apa nak buat, bukan nasib aku."

Tiba-tiba,seorang pelajar perempuan yang agak gemuk dan gelap memandang aku dengan wajah ala Mr.Bean. Nak mati aku rasa waktu itu sebab perlakuan bodoh aku itu dilihat insan yang agak busy body. "Habislah aku kali ini, jadi bahan ketawa orang lain."

"Aliff, apa yang kamu buat ni?" pelajar perempuan itu bersuara.

"Pergilah kau! Suka sangat ganggu aku."

Tiba-tiba dia hebohkan pada semua pelajar perempuan. Bukan pelajar perempuan kelas aku sahaja, tapi satu blok dia heboh. Malu la aku... Hari terakhir juga aku buat hal. Tak sempat tiga jam aku akan meninggalkan sekolah ini sudah kecoh satu bangunan. Macam-macam...

Hari ini hari amat indah bagiku. Aku baru sahaja lepas konvoi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Nak macam mana aku boleh masuk ke universiti ini? Panjang ceritanya, saya pendekkan. Selepas aku keluar daripada alam persekolahan, aku terserempak dengan seorang jejaka di masjid. Waktu itu dia baru sahaja habis baca al-Quran. Aku pun mendekati dia, mungkin dia akan layan insan macam aku. Aku tegur jejaka ni dengan suara manisku, macam aku mengurat cikgu.

"Err... abang baru habis baca al-Quran?"

"Assalamualaikum," dia memberi salam. Aku pun tersedar yang aku sepatutnya bagi salam dulu sebelum aku menegur dia.

"Wa'alaikummussalam," itulah jawapan salamku setelah sekian lama aku tak menyebutnya.

"Ya? Ada apa-apa yang abang boleh bantu?"

"Err..tak ada apa-apa. Saya saja ingin berkenalan. Siapa nama abang? Tak pernah nampak pun?"

"Nama abang Mikail. Abang baru berpindah ke kawasan perumahan ni."

"Ooo... patutlah saya tak pernah nampak abang sebelum ini."

" Err... boleh abang tanya sikit tak?"

"Boleh. Apa dia abang?"

"Err... tandas di mana?"

"Itu soalannya. Ingatkan mustahak sangat tadi." hatiku berbisik entah apa-apa.

"Tandas di belakang sana. Abang nak masuk tandas ya? Kalau abang nak masuk tandas, tandas itu tak berapa mewah sangat sebab terlalu banyak hiasan-hiasan yang tak best kita bau. Gurau saja. Hehe..."

"Abang cuma nak ambil air wuduk."

"Ooo... dah terbatal ke?"

"Bukan terbatal tapi abang nak memperbaharui wuduk abang."

"Ehh... bukankah abang dah habis baca al-Quran? Kenapa abang nak berwuduk lagi?

"Memanglah sudah habis baca tapi selepas ini abang ada usrah."

"Usrah? Usrah itu apa?"

"Usrah itu ertinya kita berkumpul dalam satu bulatan dan berbincang serta bertukar-tukar pendapat dalam isu agama dan semasa."

"Ooo... macam tu. Best tak usrah?"

"Best... jom la join abang sekali."

"Oraitttt! No problem. Line clear."

Sejak itulah aku mula mengikuti usrah. Banyak perkara yang aku dapat. Jika dulu aku pandai membaca tulisan rumi dengan lancar, kini aku boleh membaca al-Quran dengan bertajwid. Jika dulu aku sering mengganggu cikgu, kini aku tahu untuk beradab dengan guru. Jika dulu aku selalu melakukan sesuatu yang kurang faedah, sekarang aku dapat memperbanyakkan amalan ibadah. Hanya dengan mengikuti usrah best. Aku langsung tidak pernah meninggalkan usrah bermula kali pertama aku mengikuti usrah hingga sekarang. Setelah aku mengikuti usrah selama dua bulan, aku bertanyakan sesuatu kepada abang Mikail.

"Abang Mikail, boleh tanya sikit tak?"

"Apa dia?"

"Abang belajar dekat mana sekarang ni?"

"Abang belajar dekat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kenapa?"

"Seronok tak belajar dekat situ?"

"Memang seronok. Abang join usrah pun sebab semua kawan yang abang kenal belajar di sana."

"Ooo... macam tu. Kalau saya nak belajar di universiti itu boleh tak?"

"Boleh, apa salahnya. Jomlah belajar sama-sama di sana."

"Boleh saja, tapi abang buat master kan?"

"Abang masih boleh tolong kamu."

"Betul juga tu. Okey la kalau macam tu."

Aku diterima masuk ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sekarang aku menuntut di universiti itu di tahun terakhir. Mak aku pula bercadang nak langsungkan perkahwinan aku lepas aku habis belajar, tapi aku tak berfikir pun pasal itu. Apa yang aku fikir ialah aku ingin sambung belajar sikit sahaja lagi di Mesir.Harap-harap aku dapat...

Tiga tahun sudah berlalu. Sekarang aku baru balik dari Mesir. Sudah berkahwin, isteri aku orang Johor. Punyalah baik dia layan aku. Fizikal dan mental dia, Alhamdulillah semuanya baik. Lagipun, Allah sudah berfirman bahawa wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik. Aku ini dalam kategori yang agak baiklah. Hanya Allah yang menentukan kedudukan aku.

Hari Isnin, aku dapat berita daripada kawan lama aku mengatakan cikgu aku maut kemalangan. Aku agak terkejut dengan berita itu. Aku terus letak teko berisi kopi atas meja lalu memandu Honda Accord menuju ke lokasi kejadian. Dalam hatiku, aku agak terkejut dengan berita kemalangan itu... tapi aku masih keliru. "Cikgu mana yang maut ni? Cikgu Zulaikha ke Abang Mikail?"

Setelah aku sampai di situ, aku terus disambut kawan aku yang telefon tadi. Dia suruh aku pergi tengok siapa yang maut. Aku bertanya, "Ehh... tak kan kau tak tahu siapa yang maut?"

"Aku tahu..tapi aku mahu kau pergi tengok sendiri dengan mata kau siapa yang maut tu."

Aku pun apa lagi, cepat-cepat pergi tengok bungkusan mayat. Terkejut aku bila tengok jasad yang berlumuran darah. Aku cuba tengok muka mayat tu. Aku terkejut bila nampak muka Cikgu Zulaikha sudah rentung...

"Cikgu, cikgu, cikgu!" hatiku menjerit tidak dapat menahan perasaan sedih. Kawan aku memberitahu bahawa cikgu baru balik dari rumah kawannya Aku cuma dapat menahan perasaan sedih. Kemudian, kawan aku menarik aku pergi kepada satu lagi kereta yang berlanggar dengan Cikgu Zulaikha. Aku kesat air mata dan terus melangkah ke kereta yang satu lagi.

Pada awalnya aku kurang pasti siapa yang terbaring atas kerusi pemandu itu. Aku pun mendekat sikit. Kemudian, pasukan penyelamat datang. Aku baru nak tengok mayat itu tapi sudah dihalang pasukan penyelamat. Aku pun tunggu sampai mayat tu berjaya dibawa keluar. Akhirnya berjaya jugak mereka membawa keluar mayat yang tersangkut itu. Aku cepat-cepat pergi tengok wajah mayat tersbut. Kali ini aku tidak mampu berkata apa-apa. Abang Mikail meninggal dunia tanpa sebarang cedera sedangkan kereta yang dipandunya remuk. Bukan setakat itu sahaja, jasad abang Mikail masih wangi. Ada al-Quran di dalam poket baju abang Mikail. Ternyata bahawa Allah melindungi hamba-Nya yang beriman. Kawan aku yang berdiri di sebelah cuma memegang bahu aku. Dia menyuruh aku bersabar dengan takdir Allah.

Aku berada agak lama di tempat kejadian. Akhirnya aku mendapat tahu bahawa abang Mikail sebenarnya dalam perjalanan pergi ke masjid manakala Cikgu Zulaikha pula baru pulang dari rumah teman lelakinya. Teman lelakinya datang ke tempat kejadian dan mengaku telah berkhalwat dengan Cikgu Zulaikha di rumahnya. Cikgu Zulaikha bukan sahaja berkhalwat malah telah curang kepada suaminya. Disebabkan itulah Allah telah mengazabkan Cikgu Zulaikha atas perbuatannya itu.

Aku amat kesal dengan perbuatan cikgu aku. Jika dulu, aku sering mengharapkan perasaan aku terhadap Cikgu Zulaikha dibalas dengan perasaan sayang. Tapi ,sekarang baru aku tahu kenapa Tuhan mengasingkan aku daripada Cikgu Zulaikha dan bertemu dengan abang Mikail. Allah ingin menunjukkan bahawa orang yang beriman sentiasa dalam rahmatnya dan orang yang lalai dalam melaksanakan hukum Allah telah disediakan neraka untuknya. Tidak kira walau siapapun manusia itu. Sama ada guru kita, ibu bapa kita mahupun teman kita, semuanya telah ditakdirkan oleh Allah. Begitu juga dengan diriku. Dulu aku jahil tentang agama, tapi kini aku menjadi imam muda di masjid. Segala-galanya atas kehendak Tuhan yang Maha Esa.

Sehingga kini, peristiwa itu tidak pernah luput dalam ingatan aku. Cikgu Zulaikha dan Abang Mikail, kedua-duanya merupakan guru yang aku sayangi. Cikgu Zulaikha mengajar aku memahami ilmu dunia manakala abang Mikail mengajar aku mengenali agama, dunia dan akhirat. Kedua-duanya merupakan guru aku tetapi mereka pergi dalam keadaan yang berbeza. Aku amat sedih dengan pemergian keduanya. Biarlah semua itu menjadi memori yang tercatat dalam diari ingatanku. Aku juga berharap agar memori yang tidak akan lupus ini memberikan pengajaran yang baik dan dapat mengubah hati-hati manusia.

Monday, July 5, 2010

what could be better in this world than happiness?
kdg2 rase diri nie xmerasa smua tuh.. hmm.. what a bad day~

Saturday, May 22, 2010

Apa ErtiNya Aku MeNuNtut iLmu??

Kekadang kita mengeluh mengapa kita perlu belajar tinggi-tinggi,
Kita hanya belajar untuk peperiksaan yang bakal tiba,
Kita hanya belajar untuk memuaskan hati ibu bapa,
Kita hanya belajar untuk dipandang tinggi oleh masyarakat,
Satu pertanyaan diajukan oleh golongan wanita,
Katanya buat apa belajar tinggi-tinggi, lepas kahwin jadi surirumah juga,
Namun ada yang kata dunia hari ini berbeza, lelaki & wanita sama saja,
Bila berumahtangga apa susah, masing-masing urus kerjaya sendiri,
Bila datang cahaya mata, masing-masing tak nak mengalah, kerjaya masing-masing dipertahankan, anak yang dianugerahkan dianggap musibah,
Akhirnya dengan sifat penyayang si ibu pasti mengalah,
Akhirnya sama saja wanita tetap jadi surirumah,
Sedikit portion adalah sebaliknya, lelaki yang jadi surirumah,
Tapi hakikatnya tetap wanita majoritinya,

Ada satu kata-kata Ibu yang bijak mengajar anak daranya,

"Jangan anggap wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi,
walau kebanyakan akan jadi surirumah,
tapi ingatlah anakku, ia pasti berbeza cara dan kualiti,
seorang ibu yang tinggi pelajaranya dengan yang sebaliknya,
yang mana akan melahirkan insan yang berguna?"

"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui"
(QS 39 : 9)

Bagi lelaki pula jangan gembira, jangan menyangka wanita belajar nampak tiada gunanya,
Bagaimana dengan diri anda, mengapa wanita selalu lebih banyak,
Terutama di peringkat IPT, ada yang kata dunia nak kiamat,
Ada yang kata lelaki is more to practical, not theoratical,
Itu pasal habis SPM kami terus masuk bekerja,
Tidak payah nak belajar tinggi-tinggi, buang duit bayar yuran pengajian,
kalau bekerja dapat sebaliknya, dapat kumpul duit itu yang utama,
diri pun nampak matang, kerana sudah bekerjaya,

Tidakkah dirimu nampak kurang matang,
kerana pemikiranmu tersangkut hanya sampai di masa itu,
tidakkah kau lihat masa hadapan, perluaskan minda melihat semuanya,
mana yang nampak mulia, fikirkan dengan minda yang berwawasan,
orang berilmu, belajar tinggi-tinggi, terutama jika ilmu yang diredhai,
bukan semua ilmu dipelajari dapat redha yang Maha Mengetahui,

Ingatkah ketika Ibnu Athaillah mengatakan, dalam kitabnya Al-Hikam,

"Ilmu yang paling baik adalah yang disertai khasyyah."

khasyyah adalah rasa takut kepada Allah yang disertai mengagungkan Allah.
Maka segala jenis ilmu yang tidak mendatangkan rasa takut kepada
Allah dan juga tidak mendatangkan pengagungan kepada
Allah tiada kebaikannya sama sekali"

Itulah kata-kata indah dari seorang Tokoh,
Satu persoalan yang sering bermain di fikiran,
Bagaimana nak belajar kerana Allah, untuk mendapat redhanya,
InsyaAllah inilah jawapannya.

Untuk mengetahui ilmumu bermanfaat atau tidak, cukuplah kau lihat bekasnya,
Jika dengan itu kau semakin takut kepada Allah
dan semakin baik ibadahmu kepada-Nya,
maka itulah tanda ilmumu benar-benar bermanfaat.
Jika sebaliknya maka berhati-hatilah.

Ini semua bermain dengan niat, satu benda yang sukar dijaga,
Pengikhlasan niat hanya pada-Nya,
Atleast 5 kali ikrar diulang setiap hari,
semuanya hanya untuk Allah Azza Wa Jalla,

"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku,
hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."
(QS 6 : 162)

dimana kita selama ini, ilmu apa yang kita tuntut,
jangan ingat hanya ilmu agama sahaja yang nampak diredhai,

Walau Rasulullah pernah bersabda, buat renungan kita semua,

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya,
Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”

Jangan kita berfikiran sempit,
mentakrifkan ilmu agama sahaja yang akan diredhai,
tidakkah kau mengetahui, ilmu lain nampak dibayangi,
seperti sains dan astronomi,
tidakkah itu cara untuk mendekati kepada Illahi,
ilmu lain boleh didasarkan pada niat yang hakiki,
menambah ilmu untuk menjadi seorang pengabdi,
kepada Tuhan Rabbul 'Izzati.

Saturday, May 8, 2010

DuNia ReMaJa

Semendung awan,

Rintikan-rintikan hujan berjatuhan,

Hatiku mendayu-dayu,

Fikiranku bercelaru,

Mengapa hingga detik ini diri ku masih di sini?

Masih bersama-sama mereka yang berhempas-pulas dengan pelajaran.

Tetapi aku?

Masih berkhayal di alam fantasi,

Masih gagal mencapai gugusan bintang di awangan,

Masih melayan nafsu yang bukan-bukan,

Leka dengan cinta di alam remaja,

Leka dengan kiriman surat-surat bunganya.

Membaca,

Tetapi fikiranku jauh melayang.

Melayang tentang si dia.

Aku masih mampu tersenyum,

walau rekodku merah-merah belaka.

Masih gembira hatiku walau dimarahi guruku.

Melayang fikiranku hanya pada si dia,

Berbunga-bunga hatiku,

Kerana ada si dia menunggu “sms” ku.

Dia meracuni fikiranku,

Hingga aku tidak mampu mencapai tahap kewarasan akalku,

Mengapa aku tidak boleh berubah?

Seperti ada tarikan magnet utara dan selatan.

Yang tidak mampu memisahkan ku.

Aku terkedu sendirian.

Hanya waktu mampu mengubahku.

Sunday, May 2, 2010

SiaPaKaH aKu Di DePaN TuHaN...

SUBUHNYA...
Dimana ku berada,
Masih enak di dalam kelambu rindu,
Sambil berfoya-foya dgn waktu,
Masa bagaikan menderu,
Langkah tiada arah tuju,
Fikiran terus bercelaru,
Terlupa ku semakin dihujung waktu,
Siapa aku didepan TUHANKU?

ZOHORNYA...
Aku lebih memikirkan kelaparan, kehausan dan rehatku,
Aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku,
Aku bertolak ansur dengan waktu,
Aku terlupa betapa besar kerugian,
Jika kumenggadaikan sebuah ketaatan,
Siapa aku didepan TUHANKU?

ASARNYA...
Aku lupa warna masa,
Cepat berubah bagaikan ditolak-tolak,
Aku masih dengan secawan kopi,
Terlalu panas tak dihujung kepala,
Aku masih bercerita,
Tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka,
Siapa aku di depan TUHANKU?

MAGHRIBNYA...
Aku melihat warna malam,
Tapi aku masih berlegar disebalik tabirnya,
Mencari sisa-sisa keseronokan,
Tidak terasa ruang masa yang singkat,
Jalan yang bertingkat-tingkat,
Siapa aku di depan TUHANKU?

ISYA'NYA...
Kerana masanya yang panjang,
Aku membiarkan penat menghimpit dadaku,
Aku membiarkan kelesuan mengganguku,
Aku rela terlena sambil menarik selimut biru,
Bercumbu-cumbu dengan waktuku,
Siapa aku di depan TUHANKU?

Kini aku menjadi tertanya-tanya,
Sampai bila ku melambatkan sujudku,
Apabila azan berkumandang lagi,
Aku tidak akan membiarkan Masjid sepi,
Kerana dihujung hidup ada mati,
Bagaimana jenazah dibawa solat disini,
Jika ruangku dibiar kosong,
Jika wajahku menjadi asing,
Pada mentari dan bintang-bintang...

NaFaSKu.. UmuRKu..

Daisypath Anniversary tickers
Powered By Blogger

About Me

My photo
Seorang yang simple... make simple to me.. i'm good use to you.. I'm friendly~ =)
 
Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men