Thursday, April 21, 2011

Di Sudut Hati..

Perbezaan aku yang dulu dengan sekarang..
Sangat-sangat berbeza..

Waktu aku kecil,
Aku seorang yang pendiam..
Seorang yang pemalu..
Seorang yang comel..
Seorang yang nakal..
Seorang yang degil..
Seorang yang senyum sentiasa..
Seorang yang benci pada perempuan..

Tapi,
Aku sekarang dah berubah..

Aku seorang yang peramah..
Seorang yang hati kering..
Seorang yang tidak hensem..
Seorang yang jahat..
Seorang yang sangat degil..
Seorang yang susah untuk senyum..
Seorang yang mempermainkan perempuan..

Tiada seorang yang mampu memahami.
Perasaan di sudut hati ini..
Walau bahasa yang kasar..
Tidak pernah diniat untuk menyakiti
hati seseorang..
Biar ape pun orang nak kata..
Hanya tuhan saje yang tahu..
Rahsia di sudut hati~

Khamis : 1.47 pagi : 21 April 2011

Tuesday, April 19, 2011

What a Boring~

Relationship cannot be made and broken off easily because many lives are attached..
Bile terbaca ayat nie..
Terkenang kan sesuatu..
Sesuatu yang telah dikatakan oleh kawan..

Girls are like buses..
One goes and another comes..
But amongst all these buses..
There is just one bus that takes you home..
And you should not miss that bus..
All the other buses are pointless..
Only that one bus..

Sorry girls.. Takde niat langsung..
Tapi..
Sudah semestinye kite harap yang berkekalan kan?
Bak kata mak, jangan berharap sangat kalau tiada kemampuan..
(padahal tak paham.. huhu)

Ape? Anak mak?
Sukati ler,.. haha.. Because i love both my father and my mother..
Mungkin sayang pada ayah tak tertunjuk kowt..
Apa-apa pun nak g layan movie jap..
Sekali-sekala menceriakan blog nie.,
hahahaha.. jangan marah~

Sunday, April 17, 2011

AGM menyusul

Pukul 4.35 pagi - Ahad - 17 april 2011

Dah lama xupdate blog nie.. huu..
berhabuk sudah.. tapi nak buat macam mana kan..
dah wifi kat sinie pun "laju" sangat..
Memang pemangkin sifat malas untuk berblogging.

Tapi takpe.. sekali sekala kite menceriakan blog ini.. haha
Rasa sedih pun ada..
Rasa hiba pun ada.. (macam sama je)

Yela.. kejap lagi AGM kompeni pukul 9.
Banyak kakak-kakak dah nak tinggal kan kami lepas nie..
Tinggal pentadbiran kami dan juga intake 45.. sedih nye..
Rase macam tak adil.. tapi hidup perlu diteruskan..
Yang penting nak undi Muhammad Ariffaizuddin sebagai ketua kompeni..
Yeah.. i will support you no matter what my friend~

Rase malas pulak nak tidur sampai AGM nant..
Tapi takut tidur pulak mase AGM.. haha..
Jap lagi nak jalan-jalan kejap la dengan beby tersayang..
Kesian dia tersadai kene hujan semalam.. haha

Mase nak tengok motor tadi,
pegi bilik kawan jap..
kesian kat dia..
masalah dengan awek sampai nak menangis..
biase la.. dunia.
bila lelaki dah ok, perempuan pulak perangai macam tuutt~
dan sebalik nye..
susah hati bila tengok kawan ade masalah..
hmmmm~~~

Tiba-tiba pulak teringat pesan mama..
"Kalau ada mase lapang tue b'sujud la sikit.."
Erm..
Daripada mengadap laptop nie lame2..
baik beransur dulu..

Monday, February 21, 2011

Freemason~

Maka setelah kita mengetahui bahawa gerakan merekalah yang cuba menguasai dunia dengan ingin merealisasikan impian ‘New World Order’ atau ‘Tata Dunia Baru’ dan Tuhan yang akan diangkat oleh mereka untuk memerintah dunia adalah ‘The All Seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’ yang membawa makna Tuhan mereka itu bermata satu. Maka ini sesuailah dengan amaran-amaran yang diberikan oleh Nabi Muhammad S.a.w seperti dalam hadith-hadith di bawah;

Dalam Sahih Muslim ada sebuah Hadits yang bermaksud: “Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Misykat, hal. 472).

“Aku benar-benar akan memperingatkan kalian tentang Dajjal. Tidak ada seorang nabi melainkan ia pernah memperingatkan kaumnya tentang masalah tersebut. Tetapi aku akan mengatakan kepada kalian suatu ucapan yang belum pernah dikatakan oleh seorang nabi pun sebelumku. Dia itu (Dajjal) cacat (sebelah matanya) sedangkan Allah tidaklah cacat (sebelah mata)” (Sahih Jami’ shogir 3495/ Al-Bany) Hadith Riwayat Bukhari.

Dan banyak lagi hadith lain yang menyebut bahawa Rasulullah S.a.w telah memberi amaran kepada kita tentang bakal kemunculan Dajjal yang bermata satu. Sejak dari Nabi Nuh lagi, semua para nabi memberi amaran tentang kedatangan Dajjal, tetapi hanya Nabi Muhammad S.a.w yang mula mengatakan bahawa Dajjal itu bermata satu. Dan mari kita bandingkannya dengan kemunculan Freemasons dan sekutu-sekutunya.

Freemasons mula muncul pada antara akhir abad ke 16 dan awal abad ke 17, bermakna lama selepas diutuskan Nabi Muhammad S.a.w. Sebelum Nabi Muhammad diutuskan , mereka dikenali dengan pelbagai watak yang antaranya Masons (tukang batu) dan sebagainya. Cuma dulu tiada lagi simbol yang digunakan oleh mereka sekarang dan tiada lagi simbol mata satu. Maka benarlah ramalan Nabi Muhammad S.a.w berkenaan akan munculnya Dajjal bermata satu yang akan memerintah dunia, kerana matlamat Freemasons dan sekutu-sekutunya sekarang adalah untuk memerintah dunia dan mereka mengagungkan simbol ‘Mata Satu’ mereka itu. Dan mereka juga adalah anti-kristian dimana orang-orang Kristian juga meramalkan kemunculan mereka berdasarkan dari kitab Bible dan menjadi musuh kepada kristianiti.

Maka sudah jelas di situ, tidak lain dan tidak bukan, pasukan Dajjal tersebut adalahThe Freemasons dan sekutu-sekutunya yang berlindung di sebalik nama Illuminati. Maka tidak perlu lagi kita menanti kemunculan Dajjal kerana sebenarnya dia telah muncul dan pengaruhnya menular ke serata pelusuk dunia sekarang ini dengan bermacam cara. Yang penting sekarang kita perlu sentiasa amalkan membaca ayat-ayat dan doa untuk berlindung dari fitnah Dajjal laknatullahu alaih.

Mereka menunjukkan syurga dunia kepada kita sekarang iaitu kemewahan, alat-alat canggih, hiburan-hiburan dan seumpamanya. Manakala mereka yang tidak mahukan semua itu diibaratkan berada dalam neraka sekarang kerana bagi mereka kehidupan tanpa perkara-perkara tadi adalah memboringkan, tidak seronok, tidak memuaskan dan sebagainya.

Tentang syurga dan neraka yang dibawa oleh Dajjal, anda boleh membacanya dalam kandungan khutbah Rasulullah S.a.w berkenaan Dajjal. Dan antara isi nya bermakud, “Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.”

Ayat dan doa berlindung dengan Allah dari fitnah Dajjal

1- Sepuluh ayat permulaan Surah Al-Kahfi dan sepuluh ayat terakhir.

‘Jika seseorang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi, ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal’ (HR. Muslim no. 809)

“Barang siapa yang membaca sepuluh ayat pertama dari surah al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” Dan di dalam riwayat yang lain disebutkan, “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” (HR. Muslim)

2 – Baca doa elak fitnah dajjal, berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a . Doa nya berbunyi begini,

اللهم اني اعوذبك من عذاب القبر ومن عذاب النار ومن فتنة المحيا والممات ومن فتنة المسيح الدجال

‘Allaahumma innii a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wamin ‘adzaabinnaari wamin fitnatil mahyaa wal mamaati wamin fitnatil masiihid dajjaali’ , yang maksudnya ‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, siksa neraka, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal‘.”

Dan beberapa doa lain lagi yang lebih kurang dengan doa di atas ini seperti mana yang tercatit pada hadith-hadith Nabi Muhammad S.a.w. Semoga Allah memelihara kita dan menjauhkan kita dari fitnah Dajjal, aamiiin. Wallahu a’lam :)

Monday, February 7, 2011

Demam laa~

erm.. memang dah tak larat dah..
balik je dari kursus MPP demam makin teruk..

Tapi nak buat macam mana..
masing-masing ade tanggungjawab sendiri kan.. huhu~
takpe.. nant post untuk kursus akan menyusul...
Tak larat dah nie..td pergi PK(pusat kesihatan).
Dia bagi 6 jenis ubat.. adoyai.. banyak nye..
Dia kate demam, 38.4'C..

Ape pun nak pergi makan.. lapar..
nant senang makan ubat.. taa~

Wednesday, February 2, 2011

Apa yang aku cari??

Apa yang kau cari
Dalam mimpi penuh ilusi
Dalam jiwa tanpa gusar
Tanya hati kemana pergi
Kerna jalan penuh liku dalam cabaran

Apa yang kau cari
Untuk subuh yang mungkin terakhir kali
Tenangkan hati pergi hadapi Ilahi
Semurni hati jiwa mungkin tercarik lagi
Tenanglah diri kuat tepis godaan ini

Untuk apa-apa yang kau cari
Benarkah itu yang kau kejari
Tipu daya iblis hanya jambatan rapuh bertahtakan intan
Kenali diri melalui perkenalan dengan Ilahi
Agar kau bisa mandiri
Agar kau teguh berdiri

Sembunyikan dukamu dalam senyum manis wajahmu
Kerna apa yang kau cari bukan untuk kau kesali
Apa yang kau cari itu untukmu di sana nanti
Sebagai pelindung dalam dakapan kasih Ilahi
Kejarlah apa yang kau cari

Saturday, January 29, 2011

Bosan giler~

Pergh.. hari nie bosan giler..
Dah la hari nie pelatih tak ade koku..
Penat gosok Full-u..
Penat kilatkan tongkat.. huhu~
Last minute koku batal.. ceyt~

Memang bosan kalau tak ade buat pape nie~
Nasib baik ler roomate bagi coklat untuk sarapan.. haha~

Malang nye.. Malam nie kene pergi program ape ntah..
Destini kenegaraan.. Dah la sampai hari selasa..
Memang maut la duduk kat sinie dengar ceramah dengan LDK je..
Ape punyer pegawai cakap macam keling..
Padahal Kesatria Negara dia nak 100 orang je..
Mentang-mentang la die pegawai,
nak suruh semua pegi..

Tapi takpe.. Komander is my life..
Terasa hati nie nak mengadap pencipta..
Moga hati nie tenang bersujud kepada-Nya.. amin~

Hati yang tidak tenteram~

Perasaan tue dah makin kurang sikit... biase laa..
orang kata lama-lama ok lah tue.. tapi..
takut hari berikut nye datang balik.. wuuu~~

Maybe hati dah tenang sikit, tapi lama mana bole tahan?
Dulu-dulu tak pernah pulak kan rase stress sampai tahap macam nie..
Setiap kali stress boleh senyum-senyum lagi depan orang ramai.. haha~

Tapi sekarang tak lagi.. Kalu rase sedih kat hati mesti orang dapat detect..
Kalau dulu orang kata happy go lucky je..
Ada masalah ke tak ade ke same je..
Itu dulu.. Sekarang dah lain..

Masuk alam U ni lain kehidupan nye..
Tambah-tambah lagi masuk komander..
Memang respect hidup sebagai seorang komander nie.. best2~
Walau bagaimana susah pun..

Aku tak akan lupa kepada pencipta ku..
Aku tak akan lupa kepada kedua ibu bapaku..
Aku tak akan lupa kepada kawan-kawan ku...
Aku tak akan lupa kepada keluarga komander ku..

Sebab kau lah jalan hidup ku~

Friday, January 28, 2011

Sejak aku...~

Sejak aku didunia ini, aku...

Leka dengan dunia kepalsuan,
Leka bermain dengan kematian,
Leka kejar mengejar karun kerugian,
Leka bersama manusia bukan insan

Sejak aku didunia ini, aku...

Kecewa dengan kejadian ciptaan,
Kecewa dengan ketentuan,
Kecewa dengan keredhaan,
Kecewa dengan hak kemanusiaan

Sejak aku didunia ini, aku...

Sedih meratapi kejayaan,
Sedih meratapi kekurangan,
Sedih meratapi suapan,
Sedih meratapi segala kurniaan

Sejak aku didunia ini, aku...

Pernahkah mencari nur kesetiaan,
Pernahkah meruntun kesalahan,
Pernahkah kembali ke jalan kebenaran,
Pernahkan insaf dengan kelekaan

Ampunilah segala kealpaan,
Maafilah kesalahan,
Moga aku berjalan diatas jalan kebenaran...

Thursday, January 27, 2011

I miss her so much~

A lonely road crossed another cold state line
Miles away from those I love, purpose hard to find
While I recall all the words you spoke to me
Can't help but wish that I was there, back where I'd love to be, oh yeah

Dear God, the only thing I ask of You
Is to hold her when I'm not around, when I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
But I left her when I found her and now I wish I'd stayed
?Cause I'm lonely and I'm tired, I'm missing you again, oh no, once again

There's nothing here for me on this barren road
There's no one here while the city sleeps and all the shops are closed
Can't help but think of the times I've had with you
Pictures and some memories will have to help me through, oh yeah

Well, some search never finding a way
Before long they waste away
I found you, something told me to stay
I gave in to selfish ways
And how I miss someone to hold when hope begins to fade

Monday, January 24, 2011

Di Sini Untukmu..

erm.. pagi yang cerah.. kini sudah terang.. huuuuu~
Tak tahu kenapa sejak semalam lagi rasa dah 'down"...
Macam-macam telah berlaku semalam.. hmmm~

Tapi kalu nak diceritakan semua tak larat nak taip..
Semalam bermula nya selepas solat subuh, terasa bosan di pagi hari..
Lalu pergi berjoging bersendirian di tasik seksyen 7 shah alam..

Pastu gila sesorang naik motor kesayangan berjalan-jalan sekitar shah alam..
Merempit selaju 130 km/j dekat jalan biase.. giler pe~

Sampai kat kolej teratai dalam pukul 9 pagi..
Balik-balik terus main game.. standard~
Dalam pukul 10 macam tue, ade orang mesej suruh ambil makanan lebih dari
program kolej melati..
Dia bagi dua nasi lemak dalam polysterine yang sangat-sangat penuh..
Dalam tue ada nasi yang banyak, ikan bilis dan kacang penuh di permukaan nasi, telur rebus satu biji setengah, dengan timun yang banyak..
Dah alang-alang ada dua ajak roomate makan sekali..
bluurrpp~ alhamdulillah.. kenyang dapat makan free~

Lepas setengah jam tue dengan roomate sekali pengsan kekenyangan..
Bangun-bangun je dah pukul 2.. Terus g mandi dan solat..
Perancangan dengan roomate nak pergi Al-Ikhsan, dia nak beli kasut untuk bermain ragbi..
Kami tengok kat kedai seksyen 7 je..

Lepas beli tue kami pergi makan dekat seksyen 21 camtue la.. kedai chinese muslim..
Sedap masakan die.. Semalam order nasi putih dengan ikan masak masam manis..
nyumm2... mmg favourite.. ~
Kongsi-kongsi masalah dan perbincangan business ckit..

Belum sempat nak bayar, kawan dah bayarkan semua..
Alhamdulillah.. rezeki kami agak nye..
Mase keluar je dari kedai tue dah pandang ke langit,
Cuaca makin mendung.. gelap je..
Mula dari situ dah rase tak berapa sedap hati nie..
ermm... entah la.. tuhan nak bagi petunjuk kowt..

Sampai di kolej teratai lebih kurang pukul 4..
Borak-borak dengan kawan-kawan, masuk je waktu asar terus solat..
Cadang nye lepas berhenti je hujan nak bermain frisbee..
Tapi hujan dengan kilat sabung menyabung.. takut..
Memang tak boleh main kalau cuaca macam nie..

Duduk dalam bilik pown ape lagi..
Main game ler dengan roomate..

Dipendekkan cerita malam tue terasa nak keluar sesorang lagi..
Tak tahu kenapa tiba-tiba teringat akan si dia..
Hmm..

Bila pikir-pikir balik, betul ke tindakan aku untuk tinggalkan dia dulu?
Mungkin masa tue kurang matang kowt.. buat keputusan terburu-buru..
Memang betul cakap die.. Kematangan mengajar kita..
Memang rasa sadis sangat kenapalah aku buat keputusan macam tue dulu..
Rasa rindu nie teramatlah tinggi sampai orang tak kan merasa apa yang saya rase..
Sebab daripada dulu kawan-kawan cakap muke/mood happy go lucky jeh..
Tapi dalam hati siapalah yang tahu..
Mase tue dah rase 'down' sikit dah..

Pastu keluar la dengan motor kesayangan.. Yang pelik nye..
Malam tue bawak motor memang tak laju.. perlahan je..
Dengan penuh cermat nye dibawa..
Lama jugak jalan-jalan sekitar shah alam..
Sampai dekat persiaran bestari seksyen 7, nak tengok-tengok kedai kawasan tue..
Nasib malang menimpa, tengah syok-syok bawak perlahan tue, tiba-tiba polis tahan..

Mula-mula tue tak adalah rase takut sangat.. tapi bila pikir-pikir balik..
Banyak kesalahan motor nie.. Dengan side mirror nye tak ada...
Ekzos nob1, mak guard LC.. habis kene bambu dengan polis tue..
Pujuk punye pujuk punye pujuk,
dapat juga saman.. kalu ikutkan polis tue nak bagi saman banyak..
tapi tuhan nak tolong agak nye.. dapat saman satu je..
Hm... rase down giler-giler bukan sebab dapat saman.. tapi..

Takpe laa.. hanya tuhan je yang tahu rase di hati nie..
Kalau lah aku masih bersama dengan die, konpem aku tak buat semua nie..
Memang aku banyak berubah sejak tinggal kan die..
Tapi rase nye kehidupan dulu lagi baik dari sekarang..
Hmmm.. kenapalah aku tinggalkan cinta sejati..

Biarlah orang nak kata jiwang pown..
Tapi setiap orang mesti ade perasaan cinta tue..
Kalau tak ade bukan manusia namanya..

Balik dengan perasaan yang sangat-sangat down..
dah tak tahu nak buat ape lagi.. balik-balik terus baring tanpa pikirkan apa-apa..
Tak tahu kenapa rase blur yang teramat sangat..
Pastu teringat kenangan manis bersama si dia dulu..

Bila dah tinggal kan dia.. ape yang aku ada sekarang?
tak ada apa pun.. dengan mak ayah yang jauh.. sahabat baik yang dah lama
kembali ke rammatullah..
Rase duduk kat dunia nie sorang-sorang je..
Ditambah lagi dengan masalah dekat fakulti..
Yang sangat-sangat membantu tue..
Niat kat hati dah baik, tapi makin bertambah down..
Why?

Dimana Mohd nazrinscyah yang dulu?
Where is your GLooM Reaper SPirit?
Semangat yang ada dulu semua nya dah hilang..
Tiap- tiap malam aku bersujud kepada- NYa..
Tapi tak pernah aku rasa puas..

Ya ALLAH.. kau ampunilah dosa hamba mu ini..

Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMu,
tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
siksa nerakaMu
dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku
ampunkanlah dosaku
sesungguhnya Engkaulah
pengampun dosa-dosa besar.

Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMu,
tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
siksa nerakaMu
dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku
ampunkanlah dosaku
sesungguhnya Engkaulah
pengampun dosa-dosa besar.

Dengan akhir luahan rasa..
Aku berdoa agar aku bertemu dengan dia..
andai dia bukan untuk ku..
Aku memohon kepada-MU, jagalah dia sebaik-baik nya~

Hmm.. mintak pendapat dari pembaca..
Perlukah aku mengejar si dia?
Berbaloi ke atas segala usaha?
Walaupun kenangan lama banyak menghantui diri?

Monday, January 10, 2011

Resepi Telur Bungkus Kegemaranku.. huhu~

Bila teringatkan rumah, mesti teringat pasal makan sedap2.. huhu~
Yang paling sedap adalah telur bungkus masakan ayah ku..
Bab2 masakan telur bungkus nie ayah lagi expert dari mak..
Kalau nak tahu tiap2 kali balik rumah mesti suruh ayah masak telur bungkus.. haha~
Nak kata jahat tak jugak tapi alang2 dah balik ke rumah ape salah nye kite bermesra dengan mak ayah kan.. huhu~

Nie antara resepi telur bungkus dari ayah...

Bahan - Bahan

6 biji telur

1 labu bawang besar(dimayang)

4 ulas bawang putih (didadukan)

1 biji kentang (didadukan)

1 batang lobak (didadukan)

Sedikit daging ayam-bahagian dada (dipotong nipis)

3 batang crabstick (boleh juga guna isi ketam)

1 sudu besar serbuk kari

3 sudu besar tomato puri

1 sudu besar chili powder (bancuh bersama sedikit air)

1 sudu besar lada hitam

1 kiub pati ayam

Sedikit daun sup, garam dan gula

Cara-cara

1. Tumis bawang besar dan bawang putih. Bila dah garing, masukkan lada hitam.

2. Kemudian, masukkan ayam dan crabstick. Bila ayam dah kecut, masukkan serbuk cili yang sudah dibancuh dengan air, tomato puri, kiub ayam dan serbuk kari.

3. Bila dah nampak garing, masukkan lobar dan kentang. Biarkan sampai empuk.

4. Kemudian masukkan pula daun sup.

5. Angkat and asingkan di dalam bekas.

6. Dadarkan 3 biji telur di dalam kuali. Kemudian letakkan bahan-bahan inti tadi di atas telur tersebut. Tunggu kering sedikit kemudian dadarkan 3 biji telur lagi kat atas inti itu.

7. Terbalikkan telur tersebut. Bila dah masak angkat dan boleh dihidangkan.

Aku dan Kekasihku

Kali ni aku nak kongsikan tentang KEKASIH aku? (aku taip huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya. Betul ni.. tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Pasti akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA -> direct! Pergghh !!

Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah...KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni... tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan?

DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat & contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke... spiritual ke... emm memang kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi contoh lagi nak suruh aku faham.

Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giler la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje. Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun.

Cuma aku je yang jeles dengan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta dekat DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih ~what you give, you get back~

So, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat.

Perfect! Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam... pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindu aaaa! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya... millionaire... billionaire...dan entah apa-apa naire lagi... tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support... percaya tak?

Free of charge... tapi aku tak sedap hati la... mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la.. .pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja... cheewah!

DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius dan lain-lain...DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.

Malu la sebenarnya nak cakap ni...

Emm... aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la... tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal.

Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, jadi, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!

Ish! Rindu sangat dah ni!

Kekasih.. Aku berjanji, aku akan pertahankan cinta suci ini..
Walau nyawa digalang ganti, menggadaikan cinta teragung ini..
Tidak sama sekali..
Walaupun tak pernah berjumpa, aku tetap bahagia..
Itulah kekasihku.. Allah SWT.. cinta teragungku!

Thursday, December 30, 2010

Cuti semester nie banyak sangat ikut aktiviti.. sampaikan orang kata dah macam tak ade cuti.. huhu~
tapi nak buat macam mana.. kalau dah rase nak join.. duduk rumah pon bosan..
memang sebelum cuti dah rancang nak join ape2 aktiviti mase cuti..

Tapi sekarang dah menumpang kat rumah kakak..
So, boleh online sementara nak tunggu masuk semester baru.. huhu~

Di mase lapang nie rajin la pulak nak buat research..

Apa yang paling menarik perhatian, semasa dalam perjalanan untuk naik ke air terjun sungai chilling, dekat kuala kubu baru, ade terjumpa dua spesis pokok periuk kera.. Kawan pulak ambil satu spesis bawa balik rumah..
Memang hati nie sangat2 berminat pada alam semula jadi..
Sampai buat research lari dari kos yang diambil.. huhu~

Ade buat research yang periuk kera nie sebesar 30 x 16 cm.. maybe.. tapi besar la juga..
Nama spesis nie Nepenthes attenboroughii dari family Nepenthaceae. Yang best nye pasal pokok periuk kera nie adalah pokok ini karnivor yang makan serangga dan juga tikus..
Tikus?? pelik tapi benar.. pokok pon makan tikus.. bukan nya dia makan hidup2 tapi bunuh tikus pakai cecair yang ada dalam kantung nye tue.
Spesis nie ditemui dekat Gunung Victoria, Palawan, Filipina.

Agak2 gambar kat sebelah nie gambar ape?

Memang mula2 tengok tue sakit mata memandang sebab corak warna die yang agak pelik..

Gambar nie menunjukkan seekor ikan katak yang mana spesis baru ditemui di Indonesia.. pelik kan.. ciptaan Tuhan yang maha hebat.. Tengok pun dah tak macam ikan je.. Satu badan penyamaran.. apakah? Bila kita tengok balik semua haiwan yang terdapat kat dalam laut sahaja, memang ternyata banyak nya tak terkira.. Spesis haiwan kat laut pun dah boleh buat saya tergamam.. kerana keunikan dan kepelikan nya pelbagai.. kita tak sangka kat laut ada kehidupan yang macam nie terutama di kawasan laut dalam. Alangkah best nye kalau saya menjadi di kalangan orang yang mengkaji haiwan di dasar laut.. MasyALLAH.. Banyak nya tak terperi..

Cerita untuk hari inie sampai sini je.. Tifa dengan Nero(arnab) dah masuk bilik mintak makanan.. haha.. Ape2 pun.. mereka nie kawan yang paling baik..sentiasa menemani.. huhu.,
Tata~ kalu rajin saye berblogging lagi la yea.. salam~

Friday, October 1, 2010

Mentang-mentang lah aku tengah demam teruk..
tetibe je nak cerite pasal demam neyh..
Badan aku tersangat-sangat lah panas sampai aku tak pergi kelas 2 hari..
Padahal dapat MC sehari je.. tp depan orang aku tunjuk lagak mcm da sihat je.. SENGAL~

Aku nie bukan suke main ponteng je.. ade mase2 je aku rase nk ponteng~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Adakah demam? Hakikatnya, demam pada waktu malam atau siang sebenarnya sama saja. Bezanya, kita beranggapan demam malam lebih serius, apatah lagi jika kita merengek dan tidak dapat tidur yang mencukupi.

Namun, jika demam disertai dengan muntah, cirit birit, sakit kepala atau lesu, tidak mahu makan dan tidak aktif, ini petanda anda memerlukan rawatan segera. Demam yang dialami mungkin menjadi petanda kepada masalah kesihatan lebih serius dan tidak boleh dipandang ringan.

Walaupun demam malam ada kalanya simptom masalah perubatan yang lebih serius seperti limfoma dan leukemia, namun pola demam itu berbeza. Antaranya demam berterusan tanpa mengira siang atau malam.

Demam juga tidak mengancam nyawa kecuali darjah kepanasannya sungguh tinggi. Pada waktu itulah demam mungkin menjadi petanda masalah lain yang lebih serius.

Namun, demam sebagai gejala penyakit misalnya tibi, leukemia dan limfoma memiliki pola tertentu dan demam bukan hanya terjadi pada waktu malam saja tetapi waktu siang juga.

Demam umumnya sebagai reaksi tubuh kepada jangkitan. Bahagian dalam otak yang disebut hypothalamus mengawal suhu badan. Hypothalamus meningkatkan suhu badan sebagai cara melawan jangkitan. Suhu badan yang meningkat menyebabkan organisma asing yang masuk ke badan tidak boleh bertahan.

Sekarang ini ramai yang berpendapat demam bagus kerana ia tanda tubuh melawan penyakit. Namun jika suhu badan terlalu panas, kita berasa tidak selesa.

Dalam keadaan ini katanya, ubat diberi untuk membantu mengurangkan panas demam tetapi masalah demam itu sendiri tidak akan selesai. Biasanya ubat demam diberi apabila panas tubuh mencecah hingga 38.5 darjah ke atas.

Demam dengan suhu tinggi juga membimbangkan kerana bagi sesetengah orang ia boleh menyebabkan sawan walaupun demam bukanlah penyakit yang serius. Namun demam yang berulang-ulang disertai dengan muntah, cirit birit perlu diberi perhatian.

Walaupun demam itu secara fisiologinya reaksi pada jangkitan tetapi jika wujud simptom lain ia mungkin komplikasi masalah kesihatan yang lain.

Malah perlu diingat, suhu panas badan yang melampau juga boleh mengundang padah termasuk kemungkinan menyebabkan sawan dan kerosakan otak.

Mengapa demam?

1) Jangkitan virus adalah punca paling biasa untuk banyak masalah kesihatan misalnya batuk, selesema, cirit-birit dan sebagainya. Ada kala jangkitan virus boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius.

2) Jangkitan bakteria tidak begitu kerap menjadi punca demam. Bakteria selalunya menjadi punca masalah yang lebih serius misalnya pneumonia, masalah ginjal atau meningitis.

Apa boleh dibuat jika suhu badan terlalu panas?

1. Selain ubat demam biasa yang diperoleh dari klinik, paracetamol yang mudah didapati di pasaran juga boleh membantu menurunkan suhu badan.

2. Mandikan atau lap dengan kain basah. Namun berhati-hati kerana ada kalanya mandi ketika dia demam tidak begitu sesuai kerana suhu badan turun mendadak. Ia akan menyebabkan masalah hipertorma (kesejukan kerana hilang suhu mendadak). Sebaiknya guna air suam, lap dan keringkan terus. Namun, demam yang berterusan lima hari membimbangkan kerana ia mungkin boleh dikaitkan dengan masalah lain seperti RA (rhemutoid arthritis atau penyakit auto imun.

INFO: Demam yang memerlukan rawatan serius

* Kelenjar leher bengkak
* Mata merah
* Tidak fokus
* Ruam
* Muntah
* Pening kepala
* Menangis/merengek
* Sensitif pada cahaya
* Tidak boleh bergerak disebabkan badan sakit

Ada beberapa simptom yang berlaku kat aku berdasarkan list kat atas..
hmm.. besok da nak kene turun padang..
Ade jamuan kompeni lagi..
Ya ALLAH... kau baik kan lah demam ku ini Secepat yang mungkin... Amin~

(Jika suhu badan meningkat naik tanpa merasai sejuk, ayat-ayat al quran berikut dibaca)
Katakanlah: Wahai api, jadilah dingin dan selamat untuk Ibrahim
.
Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.

NaFaSKu.. UmuRKu..

Daisypath Anniversary tickers
Powered By Blogger

About Me

My photo
Seorang yang simple... make simple to me.. i'm good use to you.. I'm friendly~ =)
 
Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men